Thursday, May 19, 2016

D'Ammar Katering Terima Tempahan Kecil dan Besar

Di Sekolah Permatang To' Kandu, Permatang Pauh



D’Ammar Katering yang bermula secara kecil-kecilan dengan menyediakan makanan bungkus untuk pekerja industri dan jamuan-jamuan kecil. 

Kini D’Ammar Katering mula dikenali menyediakan sajian untuk jamuan majlis-majlis perkahwinan. Namun begitu D’Ammar Katering juga terus menerima tempahan untuk menyediakan jamuan-jamuan kecil biasa.

 Menurut Pemiliknya Chef Is Isham atau lebih mesra dengan panggilan Chef Sham, baru-baru ini D’Ammar telah menerima dan memenuhi tempahan beberapa buah sekolah di sekitar sebelah sini.
  

Packing untuk di hantar ke sekolah tempahan sempena hari guru

“Kami memenuhi tempahan dari empat lima sekolah untuk jamuan sempena hari guru”
 
“Kami tidak kisah dan memilih majlis kecil atau besar. Namun bagi majlis-majlis besar kami telah menghadkan hanya menerima dua tempahan untuk satu hari. Ini bagi mempastikan kualiti makanan dan servis yang diberikan memuaskan hati pelanggan.”
 
Chef Sham seterusnya memberitahu, baru-baru ini beliau telah membuka tempahan majlis kenduri perkahwinan untuk bulan Oktober hingga Disember dan sambutan yang diterima amat mengalakkan.
 
“Bermula lepas Raya hingga Disember hampir penuh. Jadi kalau ada sesiapa yang ingin sentuhan D’Ammar Katering boleh menghubungi saya di talian 013-4100 040 untuk mengisi slot yang masih ada tapi memang tidak banyak” ujarnya.
 



No comments:

Post a Comment