MENGENAI KAMI
Isham Haris Bin Ahmad, 31, adalah Pemilik dan Pengurus dan merangkap
Chef D’Ammar Katering. Beliau
mempelajari ilmu-ilmu pengurusan hotel di sekolah vokasional dan kemudiannya
melanjutkan pelajaran di Kolej Komuniti.
Bermodalkan ilmu yang ditimba dari Sekolah Vokasional dan
Kolej Komuniti untuk bekerja di sektor perhotelan
sebagai Chef. Beliau pernah bekerja di hotel Berjaya Pulau Pinang dan Hotel Mutiara Pulau Pinang. Beliau juga
pernah bekerja di Hospital Pakar Metro Sungai Petani, KPJ Bandar Perda, Kedah Medical Centre dan sebagainya sebagai
Chef.
Setelah puas mencari pengalaman beliau memberanikan diri
membuka perniagaan menjual makanan di Pekan Padang Serai disamping mengambil
tempahan-tempahan untuk majlis yang kecil. Kemudiannya beliau mendapat
kepercayaan untuk membekalkan makanan kepada 250 orang pekerja kilang di APM, Inokom, Padang Meha dan 100 orang
untuk kilang Johnson Control juga di Panag Meha.
Bermula dari sini beliau mula mengorak langkah mempromosi
dan mengambil katering yang lebih besar.
Sehingga kini sambutan yang diterima
amat mengalakkan dan beliau mampu untuk menyediakan jamuan untuk tiga majlis
dalam satu hari.
Disamping mengambil tempahan-tempahan katering majlis
perkahwinan beliau tetap menerima tempahan untuk majlis-majlis yang lebih kecil
seperti kenduri arwah, majlis harijadi
dan Hi-Tea dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment